BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 9 November 2010

PERANTI OUTPUT

Peranti output ialah mana-mana kelengkapan perkakasan komputer yang digunakan untuk menyampaikan hasil pemprosesan data yang dilakukan oleh sistem pemprosesan maklumat(seperti komputer) kepada dunia luar, manakala input/output (I/O) merujuk kepada komunikasi tersebut. Sebaliknya, output ialah syarat atau data yang dihantar oleh sistem ke luar, berbeza dengan input yang merupakan isyarat atau data yang dihantar kepada sistem.

Peranti output yang paling biasa digunakan ialah monitor, pencetak dan pembesar suara.


Output merupakan penghantaran data yang telah diproses keluar daripada ingatan utama komputer atau storan sampingan ke peranti luar.

Bentuk output yang dihasilkan oleh komputer bergantung kepada perkakasan dan perisian yang digunakan.

Output berbentuk laporan dan grafik:

Hard copy (salinan keras)- yang boleh dicetak oleh pencetak.
Soft copy (salinan lembut)- yang dipapar pada skrin.
Audio output
Video output
Kategori peranti output:
Peranti paparan
(Display devices)
Ia merupakan peranti output visual yang mengeluarkan soft copy. Contohnyamonitor.
PencetakIa merupakan peranti output yang mencetak output dari komputer pada kertas. Cetakan ini juga dipanggil salinan keras (hard copy).
Audio outputIa menghasilkan output dalam bentuk perkataan, muzik, stereo atau suara. Contohnya speaker, earphone dll.
Video outputImej video yang direkod menggunakan peranti input video seperti monitor komputer dan HDTV.
Peranti output yang lain adalah seperti:
Facsimile (Fax)Ia digunakan untuk menghantar & menerima imej dokumen melalui talian talipon.
Multifunction Devives (MFI)Ia boleh mencetak, mengimbas, menyalin dan fax.
Computer output microfilm (COM)
Data projectorsContohnya LCD panel / LCD projectors.

0 ulasan: